DBKL akan teruskan projek pembinaan Pasar Sentul

0
32
Datuk Seri Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneruskan projek pembinaan semula Pasar Sentul, Kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata, pembinaan Pasar Sentul itu akan merangkumi segala aspek infrastruktur secara keseluruhan agar ia bersesuaian dengan imej Kuala Lumpur sebagai bandar raya.

“Apabila sampai masanya untuk pembinaan ini dijalankan, kita akan pastikan peniaga-peniaga sekarang dapat berniaga ditempat yang akan ditentukan nanti, ia libatkan keseluruhan.

“Kita tidak mahu pembinaan yang kita buat nanti menyebabkan peniaga yang sedang berniaga menunggu tempoh yang lama untuk berniaga semula,” kata Ahli Parlimen Arau itu.

kian ketika menjawap pertanyaan Senator

Beliau berkata demikian ketika menjawap pertanyaan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya di Dewan Negara yang ingin tahu bila DBKL hendak memulakan pembinaan Pasar Sentul.

Dalam soalan tambahan, Mohd Hisamudin juga ingin tahu dimana peniaga-peniaga sedia akan akan ditempatkan apabila pembangunan dilaksanakan dan adakah pembinaan itu meliputi kemudahan tempat letak kenderaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here