Diskaun saman 80 peratus PDRM dilanjut sehingga 31 Disember

0
50
Acryl Sani bercakap pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, petang ini.

KUALA LUMPUR – Tempoh bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan diskaun sebanyak 80 peratus dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani mengumumkan berita baik itu pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, petang ini.

Mengulas mengenai kesesakan di laman web untuk pembayaran saman, beliau berkata

Menurut Acryl, lanjutan tempoh diskaun tersebut bertujuan meringankan beban dan  memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan saman mereka dalam waktu yang mencukupi.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran di semua kaunter trafik seluruh negara. Lanjutan tempoh ini juga dibuat agar orang ramai tidak menyerbu kaunter saman yang dibuka di seluruh negara.

“Inisiaitif ini juga diharap dapat membantu mengurangkan bebanan masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Acryl Sani berada di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dalam program Walkaboutnya di sini.

Mengulas mengenai kesesakan di aplikasi MyBayarSaman, Acryl berkata, kesulitan berlaku akibat bilangan pengunjung aplikasi tersebut yang terlalu ramai pada satu-satu masa.

“Saya dapat laporan terdapat kesulitan disebabkan bilangan pengunjung aplikasi terlalu ramai dan berlaku kesesakan.

“Kalau anda pergi ke kuanter memang tiada isu sebab ia terus ke database Bukit Aman,” jelasnya.

Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, PDRM setakat tengah hari tadi berjaya mengutip RM109 juta daripada 2.3 juta yang dijelaskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here