Dr Mahathir masih ditahan di IJN, akan jalani pemeriksaan lanjut

0
21
Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir akan ditahan untuk beberapa hari lagi di Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Perkara itu disahkan IJN dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Ahli Parlimen Langkawi itu sebentar tadi.

“Pada masa ini Dr Mahathir akan menjalani beberapa pemeriksaan yang mana dijangka selesai untuk beberapa hari lagi.

“Susulan itu beliau akan dirawat di IJN sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut IJN berikutan situasi prosedur operasi standard (SOP) sekarang, semua pelawat tidak dibenarkan melawat beliau.

Semalam IJN memaklumkan Dr Mahathir dirawat di IJN selepas dimasukkan ke pusat rawatan jantung itu kira-kira pukul 7 malam.

Menurut IJN, beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemantauan selanjutnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here