Dr. Mohd. Yadzil dilantik Ketua Bersatu Melaka

0
85
DR. MOHD. YADZIL

CYBERJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan Dr. Mohd. Yadzil Yaakub sebagai Ketua Pimpinan Negeri Melaka berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Dr. Mohd. Yadzil dibuat bagi menggantikan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen yang meletak jawatan pada 26 Nov lalu.

Dr. Mohd. Yadzil yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov lalu, sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Jasin dan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka.

“Dalam pada itu, saya juga ingin mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Melaka yang baharu,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan, hari ini.

“Pelantikan Dr. Mohd. Yadzil dan Mas Ermieyati bagi menerajui Badan Pimpinan negeri, serta penyusunan semula Badan Pimpinan Negeri diyakini dapat memperkuatkan struktur parti dan memperkukuhkan lagi perkhidmatan parti kepada rakyat negeri Melaka khususnya,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here