Empat outlet F&B Malakat terima penggredan ‘Amat Bersih’

0
83
Restoran Bunch-Oh yang merupakan antara restoran kegemaran pengunjung di Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Empat outlet makanan dan minuman (F&B) kumpulan Malakat Eco di Malakat Mall di sini mendapat sijil penarafan ‘Gred A’ bagi kebersihan makanan dan premisnya.

Premis berkenaan adalah restoran Bunch-Oh, Burger Boy, The Tarik Corner dan Red Hots.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn. Bhd (MFSB), Chef Munir Bastani berkata, perakuan kategori ‘Amat Bersih’ itu merujuk kepada pemarkahan kebersihan yang dinilai oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

“Syukur alhamdulillah, empat premis F&B kami mendapat gred A hasil daripada pemeriksaan mengejut pegawai-pegawai kesihatan MPS kelmarin.

“Bagi Burger Boy, ini adalah penggredan kali kedua sejak mula beroperasi baru-baru ini. Manakala bagi Bunch-Oh, ia adalah pengiktirafan kategori A kali ketiga berturut-turut” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Munir Bastani menunjukkan Sijil Penarafan Gred A yang diterima bagi Bunch-Oh dan empat lagi outlet F&B MFSB.

Menurut Munir, pemerikan yang dilakukan oleh pegawai dan anggota bahagian kesihatan MPS mendapati keempat-empat premis layak mendapat Gred A atas faktor kebersihan persekitaran, pengurusan makanan, tandas dan kemudahan.

“Insya-Allah kami akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan ini dari semasa ke semasa termasuk di semua outlet F&B di Malakat Mall.

“Buat masa ini masih ada beberapa lagi outlet yang masih belum diperiksa dan kita harap akan menerima gred yang sama,” katanya.

Beliau berkata, MFSB meletakkan penanda aras yang tinggi pada aspek kebersihan di semua outlet perniagaannya.

“Sebagai jenama pusat beli belah yang dibangunkan atas platform ekosistem Islam, kami bukan sahaja memberi jaminan halal, bahkan memastikan aspek kebersihan menjadi keutamaan.

Outlet Burger Boy yang juga merupakan antara ‘persinggahan’ kegemaran pengunjung di Malakat Mall.
Red Hots yang menyajikan pelbagai hidangan burger dan hot dog.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here