FAM sahkan Faisal Halim, Khairulazhan positif Covid-19

0
23
Faisal Halim (kiri) dan Khairulazhan disahkan positif Covid-19

CYBERJAYA – Dua pemain Harimau Malaya
iaitu Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim disahkan positif Covid-19 selepas keputusan ujian PCR yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura kelmarin diperoleh.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, dua pemain berkenaan kini diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga ke 10 hari oleh pihak berkuasa di Singapura.

Katanya, tahap kesihatan mereka akan dipantau secara harian memandangkan mereka tidak bergejala.

“Jika ujian selanjutnya itu mendapati pemain tersebut telah bertukar status kepada negatif Covid-19, maka mereka akan dibenarkan untuk kembali menyertai aktiviti bersama pasukan dengan serta-merta dan juga dapat beraksi pada baki kejohanan ini,” katanya hari inim

Dalam pada itu, katanya, biarpun tanpa dua pemain ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan tetap meneruskan perlawanan pertama Kumpulan B berdepan Kemboja di Stadium Bishan, petang esok.

Beliau berkata, pasukan Harimau Malaya akan menggunakan baki pemain lain yang ada selepas kesemua mereka diuji negatif pada ujian susulan yang telah pun dilakukan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here