Fasa 2 IOI City Mall dibuka Jun tahun depan

0
105
Pembangunan Fasa 2 IOI City Mall di Putrajaya bakal menjadikan pusat beli belah itu yang terbesar di dalam negara.

PUTRAJAYA – Pembangunan fasa 2 IOI City Mall (ICM) yang dijangka siap dan dibuka kepada umum pada Jun tahun depan akan menjadikannya pusat beli belah dan hiburan terbesar di negara ini.

Pembangunan fasa baharu ICM oleh Kumpulan Hartanah IOI Berhad (IOIPG) yang menelan kos RM500 juta itu bakal menambah keluasan lantai pusat beli belah itu daripada 1.5 juta kepada 2.5 juta kaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif IOIPG, Datuk Voon Tin Yow berkata, daripada keseluruhan ruang niaga yang ditawarkan, 70 peratus telah pun ditempah oleh penyewa.

Katanya, pembangunan fasa 2 yang mula dibina pada 2018 itu akan menempatkan beberapa penyewa baharu seperti Golden Screen Cinema (GSC), Aeon, Proton, IOI Sport Centre dan IOI Grand Hall.

Voon Tin Yow

“Selain daripada outlet perniagaan runcit, fasa baharu juga merangkumi 40,000 kaki persegi ruang pameran, pawangan berteknologi baru dengan dewan IMAX, premis makan, gimnasium dan pusat sukan di bahagian paling atas.

“Bangunan enam tingkat ini pula dihiasi dengan bumbung kaca yang akan mengindahkan lagi ruang legar sekaligus memberi pengalaman beli belah yang lebih menyeronokkan,” katanya pada majlis pelancaran IOI City Mall Fasa 2 di sini semalam.

Tin Yow berkata, sejak dibuka pada 2014, ICM merekodkan kadar penyewaan sehingga 99 peratus.

“Ia adalah testimoni yang baik daripada penyewa yang membuktikan mereka yakin kepada pengurusan pusat beli belah ini.

IOIPG kini memiliki 5 hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang termasuk Le Meridien Putrajaya, Hotel Marriott Putrajaya, Hotel Palm Garden, Four Points by Sheraton Puchong dan JW Marriot Singapore South Beach.

Syarikat itu turut memiliki Palm Garden Golf Club di IOI Resort City dan Palm Villa Golf & Country Resort di Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here