Filem LGBT tempatan: Yadim buat aduan kepada SKMM

0
36
Poster filem LGBT berjudul Stay Away From Me yang mencetuskan kemarahan pelbagai pihak

CYBERJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung sebuah filem berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipercayai bakal ditayangkan kepada tontonan umum.

Menurut SKMM dalam satu kenyataan, aduan itu disampaikan kepada Unit Aduan Pengguna SKMM oleh pegawai Yadim.

“Klip filem tempatan berjudul Stay Away From Me itu, yang menampilkan beberapa pelakon lelaki muda tular di media sosial baru baru ini dipercayai sebagai untuk menarik minat ramai.

“Selain itu, Yadim turut mengenalpasti aplikasi yang mempunyai unsur yang sama iaitu Blued:Gay Live Chat and Dating dalam senarai App Store/Google Play Store,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada SKMM mengenai sebuah siri filem dalam bentuk kandungan digital yang dikatakan berunsur LGBT.

Beliau turut menggesa SKMM untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan digital atau cetak yang berunsurkan LGBT.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here