Gagal SOP : Ibu pejabat PBB dikompaun RM20,000

0
13
Gambar hiasan

KUCHING – Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard Covid-19 sempenan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menyebabkan ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini dikompaun sebanyak RM20,000

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kompaun itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 7 Disember lalu kepada pengurusan parti berkenaan.

“Kompaun dikeluarkan selepas mereka didapati gagal mematuhi penjarakan fizikal ketika majlis pengumuman calon Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya seperti dilaporkan akhbar tempatan.

Ini bermakna, sebanyak RM31,000 kompaun telah dikeluarkan akibat pelanggaran SOP antara 6 hingga 12 Disember.

Ini termasuk RM4,000 kompaun yang dikenakan kepada Datuk Ali Biju pada hari penamaan calon, selepas dikelilingi penyokongnya tanpa mematuhi penjarakan fizikal.

Selain itu, bilik operasi calon GPS, Anyi Jana yang bertanding di kerusi Ngemah turut dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati bersalaman dan tidak mematuhi penjarakan fizikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here