Gmie Screen meninggal dunia

0
168
Allahyarham Gmie Screen

CYBERJAYA – Penyanyi kumpulan Screen, Gmie meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi selepas menderita penyakit buah pinggang sejak dua tahun lalu.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Menurut anaknya, Siri Hadirah, bapanya itu pengsan disebabkan kekurangan darah di rumah.

“Sejak beberapa hari ini memang keadaan kesihatan abah kurang baik. Dia pengsan sebab kurang darah. Masa dirawat di hospital keadaannya stabil dan kami sempat buat panggilan telefon.

“Dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor bagitahu keadaan abah kritikal sebelum kami diberitahu dia (abah) sudah tiada,” katanya memetik laporan Kosmo! hari ini.

Gmie popular di era 1990-an dengan lagu-lagu seperti Bila Cinta Didusta, Tak Suka Tak Apa dan Orang Yang Ku Sayang-Sayang.

Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.

Menurut Kosmo! lagi, pengurus peribadi Allahyarham Gmie, Fuad Syahrin Misbah mendedahkan, sudah hampir dua tahun Gmie diuji dengan penyakit buah pinggang berlubang.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Medan Sijangkang, Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here