Grab ambil alih Jaya Grocer

0
218

CYBERJAYA – Pengendali aplikasi Grab Holdings Ltd. (Grab) dilaporkan akan mengambil alih rangkaian pasar raya Jaya Grocer.

Menurut laporan portal The Edge Markets, transaksi pengambil alihan tersebut dijangka bernilai antara RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

Portal itu menyebut, pengambil alihan tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (NASDAQ) pada 11 Dis lalu.

Grab, yang turut menyediakan perkhidmatan seperti penghantaran, mobiliti dan perkhidmatan kewangan, difahamkan sudah memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan pemegang saham semasa Jaya Grocer untuk membeli semua saham biasa dan 75 peratuds daripada saham keutamaan dalam syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here