Grey United A muncul juara Karnival Bola Sepak Bawah 15 ICFL

0
404
Pemain Grey United meraikan kejayaan mereka selepas bergelar juara dan juga tempat ketiga Karnival Bola Sepak Bawah 15 ICFL di Stadium Mini Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM- Grey United A muncul juara Karnival Bola Sepak Bawah 15 ICFL selepas menewaskan AAB-MBSA 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Mini Shah Alam semalam.

Dalam perlawanan yang cukup sengit semalam, gol Grey United A hadir melalui sepakan penalti pada lewat perlawanan selepas penyerangnya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Mohd Izaham Haslin dengan tenang berjaya menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol AAB-MBSA bagi membolehkan Grey United A memimpin perlawanan.

Mohd Izaham Haslin berjaya menjaringkan gol tunggak dalm perlawanan akhir menentang AAB-MBSA.

AAB-MBSA cuba membuat asakan pada minit-minit akhir perlawanan namun, keputusan kekal sehingga wisel penamat untuk membolehkan Grey United A muncul sebagai juara edisi pertama kejohanan.

Kejayaan itu membolehkan Grey United A membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500 beserta Piala Fineline Malaysia dan medal sementara AAB-MBSA membawa pulang RM300 beserta medal.

Tenpat ketiga pula di menangi oleh Grey United B selepas menewaskan pasukan CH Rembau Junior FC dalam penentuan sepakan penalti

Ketua Jurulatih Grey United, Juha Ismail berkata, pasukannya yang berpengkalan di Pasir Mas, Kelantan itu sudah membuat persediaan lama untuk menyertai mana-mana kejohanan.

Katanya, memang menjadi kebiasaan Grey United untuk berkelana ke Lembah Klang pada setiap hujung tahun untuk menyertai pertandingan bagi pendedahan kepada pemain.

“Alhamdulillah, rezeki Grey United untuk muncul juara dan tempat ketiga. Kejayaan ini hasil usaha pemain dan selepas ini kami akan menyertai beberapa lagi kejohanan di Lembah Klang,” katanya.

Kapten Grey United A menjulang Piala Fineline Malaysia selepas muncul juara Karnival Bola Sepak Bawah 15 ICFL.

Sementara itu, Presiden ICFL, Datuk Kamil Mohktar berkata, sebanyak 16 pasukan menyertai karnival yang dianjurkan sebagai persediaan untuk Piala Super ICFL yang akan dianjurkan tahun hadapan.

Belia berkata, Grey United A dan AAB-MBSA akan diberikan slot automatik untuk menyetai Piala Super ICFL yang akan disertai sebanyak 32 pasukan dari seluruh negeri.

“Karnival ini sebagai persediaan untuk penganjuran Piala Super ICFL, pemain-pemain juga saya lihat begitu teruja kerana mereka sudah lama tidak terdedah kepada suasana pertandingan ekoran pandemik Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pembaharuan pada Piala Super ICFL pada tahun hadapan ialah pihaknya akan menganjurkan dua kategori iaitu bawah 15 dan 17 tahun bagi memberi peluang kepada pemain muda mempamerkan bakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here