Guru agama rentung dalam kemalangan 5 kenderaan

0
89
Gambar hiasan.

PENDANG – Seorang guru agama
yang dalam perjalanan pulang daripada mengajar rentung apabila kereta dipandu terlibat dalam kemalangan lima buah kenderaan di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, dekat Pendang semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu Yahya Asy’ari, 65, maut dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubuk Reba selepas mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa cuba memotong sebuah kereta lain.

“Kejadian ini melibatkan lima kenderaan iaitu Perodua Viva, Proton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira.

“Mangsa maut ditempat kejadian manakala dua cedera ringan dan selebihnya tidak mengalami kecederaan, ” katanya memetik laporan Awani hari ini.

Arriz Sham berkata, mayat mangsa di hantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here