Harimau Malaya mula langkah kanan, tewaskan Kemboja 3-1

0
45
Safawi Rasid berjaya meledak gol pertama negara melalui sepakan penalti

SINGAPURA – Pasukan Harimau Malaya bermula langkah kanan apabila berjaya menewaskan Kemboja 3-1 dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki hari ini.

Gol pertama Malaysia berjaya dihasilkan oleh Safawi Rasid pada miniti ke-23 melalui sepakan penalti selepas pemain penyerang negara Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kotak penalti.

Memasuki babak kedua, Malaysia terus menambah jaringan pada minit ke-61 melalui Akhyar yang bijak mengelecek dua pertahanan lawan sebelum meledakkan gol kedua negara.

Malaysia kemudian terus menggandakan asakan dengan kemasukan pemain penyerang Shahrel Fikri, Luqman Hakim, Kogileswaran dan Arif Aiman

Hasilnya pada minit ke-78, Kogileswaran berjaya menambah gol ketiga buat pasukan negara melalui satu sepakan cantik menewaskan penjaga gol lawan.

Sementara itu, Kemboja berjaya mendapatkan gol sagu hati melalui sepakan penalti oleh Sath Rosid pada minit ke-90.

Gol itu terhasil selepas penjaga gol negara, Khairul Fahmi disalahkan kerana menerjah pemain lawan dalam kawasan petak penalti.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here