Henti tugas LRA Sg. Semenyih, 463 kawasan dijangka alami gangguan bekalan air

0
102

CYBERJAYA – Sebanyak 463 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air apabila pihak Air Selangor melaksanakan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) berikutan pencemaran bau diesel, hari ini.

Kata Air Selangor dalam satu kenyataan, antara kawasan yang dijangka mengalami gangguan adalah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan).

“(Berikutan itu) Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat.

“Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal,” katanya dalam satu kenyataan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“(Sebarang) Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here