Ingkar arahan parti, Ali Biju bertanding Bebas

0
71
Datuk Ali Biju menyerahkan borang pencalonan calon sebentar tadi. Kredit gambar Utusan Borneo

SIBU – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian yang juga pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak, Datuk Ali Biju bertanding sebagai calon Bebas dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Saratok hadir di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Masyarakat Sri Krian sebagai calon Bebas dengan menggunakan logo kerusi.

Dalam pada itu, kerusi DUN itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Selain Ali, calon lain yang bertanding ialah
Musa Dinggat daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB); calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Danny Kuan dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik.

Baru-baru ini, Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRN kali ini, sebaliknya memberi sokongan kepada GPS pada PRN Sarawak.

Bagaimanapun, Ali dalam satu kenyataan beberapa hari lalu enggan menyerahkan kerusi itu kepada calon GPS.

Ali yang berusia 53 tahun memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Pada 2016, beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Kilat Beriak dengan majoriti 1,640 undi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here