Inovasi DCR6 Cosmetics jadikan ulaman sebagai jus kesihatan

0
28
Minuman kesihatan berasaskan ulaman ini boleh didapati di Malakat Farmasi mulai sekarang.

CYBERJAYA – Pemakanan ulaman tradisional kini dibawa setapak ke hadapan apabila perahan tumbuhan tersebut digabungkan dengan bahan semulajadi dan dijadikan sebagai jus kesihatan.

Jus gabungan ulaman dan rempah tradisional itu merupakan inovasi DCR6 Cosmetics dan boleh mula didapati di pasaran sekarang.

Menurut pengasasnya, Datin Che Roslina, minuman jus ini mempunyai 3 perisa yang mana semuanya diadun menggunakan ulaman tertentu yang digabungkan dengan rempah ratus terpilih.

“Sebagai contoh, jus S-Aromatic diadun menggunakan bahan seperti serai, cengkih, asam gelugur pudina dan gula melaka sebagai pemanis.

“S-Aromatic amat sesuai diminum oleh golongan lelaki, terutamanya golongan perokok kerana jika diamalkan berterusan mampu mengurangkan kahak, melancarkan pernafasan dan meringankan sakit kepala,” kata Che Roslina ketika ditemui di Malakat Mall, siang tadi.

Dua lagi perisa jus yang lain adalah Q-Meric yang berasaskan kunyit dan halia, dan C-Tella yang berasaskan pegaga dan epal.

Kesemua produk ini boleh didapati di Malakat Farmasi, dan kedai terpilih di Lembah Klang pada harga RM12.90 sebotol.

“Alhamdulillah, walaupun baru 2 bulan dilancarkan, sambutan orang ramai adalah amat menggalakkan,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here