Istana belon dipukul angin, lima murid maut

0
325
. Gambar hiasan

TASMANIA – Lima kanak-kanak maut selepas terjatuh daripada istana belon yang terbalik selepas ditiup angin pada hari sukaneka di sebuah sekolah rendah dekat Devonport, Australia.

Pesuruhjaya Polis Tasmanian, Darren Hine berkata, mangsa yang maut dalam kejadian itu mengalami kecederaan serius selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter apabila struktur istana belon itu ditiup angin lentang.

Kejadian turut menyebabkan empat kanak-kanak yang berada pada binaan taman permainan mudah alih itu cedera parah.

Kesemua mangsa diterbangkan menggunakan helikopter dengan empat dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi maut di hospital.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan usia mangsa namun tragedi itu melibatkan murid di gred 4 dan 5 yang biasanya berusia 10 hingga 12 tahun.

Laporan portal antarabangsa mengenai insiden yang mengorbankan lima nyawa di Devonport.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tiupan angin yang menerbangkan istana belon berkenaan. Mangsa yang terlibat berada di pada bahagian yang tinggi struktur berkenaan.

“Kami amat berdukacita dengan tragedi melibatkan anak-anak ini. Semoga ahli keluarga, guru dan rakan-rakan mangsa bersabar atas kejadian ini,” katanya seperti dilaporkan media antarabangsa.

Kejadian turut mendapat perhatian Perdana Menteri Australia yang menyifatkan hari yang menyeronokkan untuk kanak-kanak berkenaan bertukar menjadi hari yang sangat mendukacitakan.

Anggota polis berdukacita dalam kejadian malang menimpa mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here