Isteri dan anak MB Selangor disahkan positif Covid-19

0
22
Amirudin Shari

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari terpaksa membatalkan hasrat untuk berangkat menunaikan umrah malam ini selepas ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Mereka adalah isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad dan dua anaknya yang disahkan positif semalam.

Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, beliau kini menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan ujian PCR kedua pada Khamis ini.

Menurut beliau, ujian PCR pertama yang dilakukan selepas menerima berita itu mendapati beliau negatif daripada jangkitan.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Sehubungan itu, Amirudin memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan semua ahli keluarganya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dijadualkan terbang ke Arab Saudi malam ini bagi menunaikan umrah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here