Isu kenaikan harga barang jadi tumpuan Dewan Rakyat

0
6
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Isu kenaikan harga barang keperluan asas yang dialami rakyat ketika ini dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan Menteri.

Anwar ingin tahu mengenai tindakan segera dan langkah efektif bagi jangka pendek, sederhana dan panjang yang akan diambil Majlis Tindakan Kos Sara Hidup dalam menangani isu kenaikan harga barangan, lapor Bernama.

Pada sesi sama, Perdana Menteri turut diminta menyatakan tindakan diambil kerajaan agar umat Islam di negara ini tidak tertinggal dalam menyahut hasrat Gagasan Keluarga Malaysia yang dilancarkan pada 23 Okt lepas.

Soalan itu diajukan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang turut ingin tahu sama ada gagasan itu membantu usahawan Muslim yang terkesan akibat Covid-19 dalam tempoh 100 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here