Isu saf: Menteri agama akui ‘siang-malam’ terima kecaman

0
115
Idris Ahmad

CYBERJAYA – Keputusan dan ketetapan bagi pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal terletak di bawah bidang kuasa pihak agama negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, walaupun bidang kuasa agama negeri tidak sama, usaha pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) itu sedang diusahakan oleh kebanyakan negeri.

“Sebenarnya semua negeri-negeri berusaha ke arah itu (solat tanpa penjarakan saf) dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang terdiri daripada mufti dan tokoh agamawan (memang) ada bincangkan bab itu.

“Untuk Kuala Lumpur sendiri kita solat berdasarkan kapasiti masjid (namun) sesetengah negeri masih lagi dihadkan 300, ada 500 (jemaah) ada sesetengah negeri 12 orang sahaja,” katanya pada majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 Musim Haji 1443H di Menara Tabung Haji (TH), semalam.

Pada sidang media itu, Idris mengaku kerap dikecam oleh umat Islam di negara ini berhubung isu penjarakan saf bagi solat jemaah di masjid dan surau yang perlu dipatuhi.

Perkara itu katanya sedikit sebanyak menyebabkan beliau ‘terasa’ namun sebagai menteri beliau memahami isu berkenaan cuma untuk menentukan perkara tersebut tidak terletak di bawah kuasanya.

“Orang kata itu (isu saf) salah menteri agama. Pagi, petang, siang, malam, subuh sampai dhuha orang hentam saya tapi saya steady sahaja. Sejuk di kepala, membara di dada,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here