Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup kepada semua kenderaan

0
40
Pasukan bomba dalam usaha menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Hihhlands pada 2 Disember lalu.

CYBERJAYA- Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta, Perak dalam notis pemberitahuan berkata, penutupan itu kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.

“Pemeriksaan oleh Cawangan Pakar semalam (Rabu) mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.

“Notis penutupan ini disambung bermula Rabu sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak,” katanya dalam notis makluman yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini.

Menurut notis itu lagi, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara.

Dalam pada itu katanya, pengguna jalan raya diingatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di tapak serta pihak berwajib.

Pada 2 Disember lalu, dua maut selepas kenderaan jenis Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here