Jangan leka ketika musim cuti, Covid-19 masih menular-KP Kesihatan

0
6

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak leka ketika musim cuti ini memandangkan Covid-19 dan varian-varian virus itu masih menular dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menasihati orang awam supaya seboleh-bolehnya duduk di rumah dan mengelak perjumpaan keluarga jika mempunyai simptom serta menjalani ujian kendiri RTK Ag, selain mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.

“Kita mempunyai peralatan sekarang dan terserah pada kita untuk menggunakan peralatan itu untuk memperlahankan jangkitan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook semalam.

Dr. Noor Hisham turut menekankan kepentingan mencari keseimbangan antara nyawa dan penghidupan, meskipun peningkatan varian Omicron Covid-19 dan kejadian banjir baru-baru ini.

“Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan besar dalam mengawal Covid-19 dan mempercepat pelan pemulihan kita,” tambahnya

Artikel Penuh :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here