JAWI saran masjid dan surau adakan solat hajat malam ini

0
15
Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail

CYBERJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menganjurkan solat hajat dan bacaan doa selamat selepas solat Maghrib malam ini

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ia bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk seluruh negara dalam mendepani musibah banjir yang sedang melanda ketika ini.

“Selain itu, masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan juga telah digerakkan bagi menghulurkan bantuan dan keperluan bersesuaian bagi golongan yang terkesan.

“Ia termasuk kesediaan untuk menjadi pusat penempatan sementara mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Ajib, Program Dapur It’am yang berkonsepkan soup kitchen di 70 buah masjid dan surau di Kuala Lumpur turut menumpukan aktiviti agihan makanan bermasak kepada golongan terjejas dan para petugas banjir serta sumbangan JAWI Food Bank.

“Kami mendoakan agar dikurniakan keselamatan, kemudahan dan ketabahan kepada semua saudara kami yang diuji dengan musibah,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here