JPJ lanjut tempoh diskaun kompaun sehingga Rabu

0
88
Tawaran diskaun itu diberikan sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

KUALA LUMPUR – Tempoh tawaran pengurangan kadar saman sebanyak 80 peratus bagi kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilanjutkan sehingga Rabu ini.

Pengumuman mengenai diskaun sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia itu dilakukan melalui media sosial piahk berkuasa berkenaan semalam.

“Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless).

“Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat JPJ Negeri, Cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ,” kata kenyataan tersebut.

JPJ pada Selasa lalu menawarkan potongan harga bagi pembayaran saman sehingga 80 peratus sempena seperti yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

JPJ memaklumkan, pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

Bagaimanapun, kes dalam perbicaraan dan berstatus waran tangkap serta kes yang masih dalam tindakan senarai hitam, tidak layak mendapat pengurangan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here