Jual minyak masak terpakai RM1.80 sekilogram di Malakat Mall esok

0
120
Program Recycle di Malakat Mall, Cyberjaya esok.

CYBERJAYA – Warga Cyberjaya berpeluang untuk menjual minyak masak terpakai pada harga RM1.80 sekilogram sempena program Recycle Fest anjuran Alam Flora dan Malakat Mall esok.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Mohamad Ash Shahid Salleh berkata,  Recycle Fest itu akan bermula pada pukul  10 pagi hingga 1 petang di  hadapan Malakat Mall, Cyberjaya.

Mohamad Ash Shahid Salleh

Beliau berkata, selain minyak masak, orang ramai juga boleh membawa pelabagai barangan kitar semula lain untuk dijual seperti  kertas, aluminium, tin, barangan elektronik dan  banyak lagi.

“Esok lori bergerak Alam Flora untuk barangan kitar semula akan diletakkan di hadapan pintu masuk Malakat Mall, orang ramai yang ingin jual barangan  terpakai boleh terus datang ke lokasi berkenaan,.

“Ini peluang untuk orang ramai nikmati insentif wang tunai dan mata ganjaran Petronas Mesra dengan menjual barangan kitar semula, jadi jangan lupa untuk bawa kad Mesra esok “ katanya.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan seperti pertandingan mewarna dan ‘doodle design’, program kutipan barangan kitar semula bersama ganjaran, dan permainan kitar semula yang boleh disertai oleh orang ramai.

Berikut adalah senarai harga barangan kitar semula:

1. Suratkhabar – RM0.40/kg

2. Majalah – RM0.30/kg

3. Kertas hitam putih – RM0.35/kg

4. Kotak – RM0.45/kg

5. Kertas Campur – RM0.25/kg

6. Aluminium – RM2.00/kg

7. Tin – RM0.30/kg

8. Plastik – RM0.40/kg

9. Tetrapak – RM0.25/kg

10. Minyak masak terpakai – RM1.80/kg

11. Lain-lain – RM0.20/kg

E-Waste:

1. CPU/Mesin Photostat – RM5.00/unit

2. Monitor – RM4.00/unit

3. Komputer riba – RM4.00/unit

4. Server – RM15.00/unit

5. Pengimbas/Faks/Kamera – RM1.00/unit

6. Televisyen – RM4.00/unit

7. Scanner – RM1.00/unit

8. Mesin Faks – RM1.00/unit

9. Peti Sejuk – RM4.00/unit

10. Microwave/Vacuum – RM1.00/unit

11. Wayar campur/CD-Rom UPS – RM0.70/kg

12. Bateri kereta – RM1.00/kg

13. Mesin basuh – RM4.00/unit

14. Smart/normal phone – RM5.00/unit

15. Penghawa dingin – RMm15.00/unit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here