Jumlah PPV Sinovac akan ditambah

0
31
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Jumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menawarkan pemberian dos penggalak jenis Sinovac
akan dipertingkatkan secara berfasa.

ProtectHealth menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, penambahan PPV itu adalah sebagai pilihan dos penggalak kerana keberadaan jumlah pusat suntikan itu yang terhad ketika ini.

“Kebanyakan PPV terlibat pada masa ini menawarkan vaksin jenis Pfizer.

“ProtectHealth juga mengambil kesempatan ini untuk menekankan bahawa Jawatankuasa Kerja Teknikal di bawah CITF-B masih mengesyorkan vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca sebagai dos penggalak,’ katanya.

Tambahnya, ProtectHealth melalui Pengamal Perubatan Swasta (PPS) akan terus membantu dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dos penggalak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here