Kampus Brainy Bunch International Islamic School Cyberjaya dibuka kepada mereka yang terkandas banjir

0
114
Kampus Brainy Bunch International Islamic School Cyberjaya

CYBERJAYA – Kampus Brainy Bunch International Islamic School Cyberjaya dibuka kepada sesiapa sahaja yang tidak boleh pulang ke rumah akibat banjir yang melanda ketika ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengasas Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

“Kampus Brainy Bunch International Islamic School Cyberjaya dibuka untuk sesiapa yg tidak boleh pulang kerumah akibat banjir. 

“Semoga Allah bantu semua yang terkandas,” kata Mohd Fadzil di laman Faceboknya hari ini.

Ketika ini banjir di seluruh Selangor dilaporkan masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda, malah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di 80 kawasan meningkat kepada 6,242 orang.

Menerusi makluman daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, jumlah tersebut dicatatkan dalam tempoh hujan lebat selama 36 jam sejak pagi Jumaat lalu.

Setakat ini, daerah yang dilanda banjir seperti Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat sementara Klang pula menjadi kawasan paling teruk ditenggelami air selepas lebih 3,000 mangsa di pindahkan ke PPS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here