Kebenaran rapat saf di Terengganu tunggu keputusan MKN, KKM

0
19
Mohd Nor Hamzah

KUALA TERENGGANU – Umat Islam di negeri ini diminta bersabar sementara menanti keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi kebenaran bersolat dalam saf rapat.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan negeri masih menunggu keputusan mengenai perkara itu dan buat masa ini ia masih dalam perbincangan dan penyelarasan pelbagai pihak.

“Kita harap rakyat dapat bersabar kerana semua agensi berkaitan telah bersetuju, namun terikat dengan keputusan beberapa agensi lain seperti MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini juga mencadang rapat saf setelah melalui fasa endemik Covid-19.

“Setakat ini, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan di Masjid Al-Haram dan Masjid Annabawi Arab Saudi, bukan keseluruhan masjid di Arab Saudi,” katanya menurut portal rasmi kerajaan negeri hari ini.

Mohd Nor mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), M Rozi Bidin, Timbalan Mufti Terengganu, Ahadi Othman dan Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Zulkefli Othman.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Nor berkata, Terengganu akan memperkasakan gerak kerja bagi memartabatkan institusi agama serta memainkan peranan dalam dakwah dan pembinaan insan.

“Agensi kerajaan dan jabatan bersikap terbuka untuk menerima sebarang pandangan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini dan bersedia menilai cadangan baharu.

“Pihak jabatan juga akan mengadakan ‘retreat’ dalam masa terdekat bagi memperkasakan usaha ke arah Terengganu Maju Berkat Sejahtera,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here