Kedai serbaneka di kawasan majoriti orang Islam dilarang jual arak – MPKK

0
48
GAMBAR HIASAN

KUALA KANGSAR – Semua kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam dalam daerah Kuala Kangsar dilarang menjual minuman keras mulai tahun 2022.

Menurut portal Kosmo, larangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menjadikan MPKK sebagai pihak berkuasa tempatan kedua melaksanakan ketetapan itu selepas Majlis Daerah Selama yang memutuskan perkara itu sebelum ini.

Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung hari ini.

Bagaimanapun menurut Zulqarnain, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan.

“Ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi apa-apa perundangan diperingkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan juga enakmen-enakmen di peringkat negeri.

“Kita dah boleh laksanakan dan tahun 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan beragama islam yang berada di situ boleh beli ditempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D’ Village Resort, Karau, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here