Isteri dan anak perempuan PM turun padang lawat mangsa banjir

0
38
Isteri perdana menteri dan anak perempuannya ketika berkunjung ke PPS mangsa banjir di Selangor hari ini.

CYBERJAYA – Penghuni di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor hari ini dikejutkan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri dan anak perempuannya yang hadir menyantuni mangsa-mangsa banjir.

Difahamkan, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri memulakan kunjungan ke PPS pada awal pagi tadi.

Keuda-dua mereka hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol meluangkan masa bertanya khabar dan berbual dengan mangsa banjir selain menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas.

Muhaini Sabrina dan Nina Sabrina meluangkan masa berbual dengan mangsa banjir.

Kunjungan mereka bermula dengan PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa di Klang dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding di Hulu Langat.

Kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tidak menyangka kehadiran Muhaini dan Nina Sabrina, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri dan anak Perdana Menteri itu.

Salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.

Muhaini Sabrina dan Nina Sabrina meluangkan masa berbual dengan mangsa banjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here