Kerajaan akan umum selang masa lebih pendek bagi pemberian dos penggalak

0
34
KHAIRY JAMALUDDIN

CYBERJAYA – Kerajaan akan mengumumkan tempoh pemendekan selang masa bagi pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 pada minggu hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khary Jamaluddin Abu Bakar pada satu sidang akhbar, hari ini.

“Kita akan mengumumkannya minggu depan selepas memuktamadkan butirannya,” kata Khairy.

Langkah itu, kata Khairy Jamaluddin, membolehkan kebanyakan rakyat Malaysia yang telah menerima dos pertama dan kedua, layak menerima dos ketiga.

Beliau berkata, pemendekan selang masa itu adalah mengikut jejak negara lain seperti Jerman dan Australia, yang mengesyorkan selang lebih pendek bagi dos penggalak dalam usaha membendung penularan varian baharu.

Beliau berkata, langkah ini diambil sebagai tindak balas kepada peningkatan jumlah kes varian Omicron yang dikesan di pintu masuk Malaysia.

“Kemungkinan Omicron sudah pun wujud dalam masyarakat agak tinggi, berikutan penemuan pesakit dijangkiti varian itu di Sarawak yang tidak pernah ke luar negara baru-baru ini,” katanya sambil menambah, jumlah kes dijangka akan meningkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here