Kerajaan kerah ATM, PDRM, Bomba bantu selamatkan mangsa banjir

0
30
Perdana Menteri sedang diberi taklimat mengenai situasi terkini banjir di dalam negara, sebentar tadi.

CYBERJAYA – Kerajaan mengarahkan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) supaya mengerahkan seramai mungkin anggota bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap akibat banjir di seluruh negara, khususnya di Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini, nyawa adalah lebih penting daripada segalanya.

“Saya telah mengarahkan Panglima ATM, dan Ketua Polis Negara supaya menggerakkan seberapa anggota yang perlu bagi membantu memindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir,” kata Ismail Sabri dalam satu sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negara di Pulau Meranti, Puchong sebentar tadi.

“Usaha memindahkan penduduk yang terperangkap akibat banjir perlu disegerakan, begitu juga dengan keperluan makanan yang perlu diberi keutamaaan,” kata Perdana Menteri lagi.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here