Kerajaan setuju selaras elaun industri RM900 libatkan semua industri – Ismail Sabri

0
46
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

TANJUNG MALIM – Kerajaan bersetuju untuk menyelaraskan inisiatif pembayaran elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri melibatkan semua industri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerajaan menggalakan kepada pihak swasta untuk melaksanakan inisiatif pembayaran elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri.

“Kita sudah pun bersetuju untuk menyelaras semua industri bagi elaun yang sama iaitu RM900,” katanya ketika berucap melancarkan Keluarga Malaysia @ IPT di Dewan Canselor UPSI, Proton City, Tanjung Malim hari ini.

Sebelum ini, hanya kerajaan yang memberikan elaun sebanyak RM900 untuk pelajar yang menjalani latihan industri.

Bagaimanapun dalam pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, kerajaan menggesa pihak swasta memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 kepada pelajar yang menjalani latihan industri.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana sejak 2019, kerajaan telah mula membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program berkenaan.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan juga menyediakan pelbagai inisiatif lain untuk kebajikan pelajar antaranya menerusi Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia yang dilancarkan pada 28 Oktober lalu.

Katanya, menerusi yayasan itu dana permulaan sebanyak RM5 juta telah disediakan bagi membantu mempermudah serta meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga khususnya dalam mendepani fasa pandemik.

“Penubuhan yayasan ini seiring dengan prinsip kerajaan untuk sentiasa memastikan tiada seorang pun yang tercicir atau terpinggir.

“Insya-Allah, yayasan akan mewujudkan
kolaborasi strategik dengan semua saluran bantuan untuk mahasiswa agar proses ini dapat diselaraskan dengan lebih baik.

“Selain itu, khusus untuk mahasiswa, kerajaan juga turut memberikan pengurangan 20 peratus yuran pelajar warga Malaysia bagi semester 1 2021 / 2022, selain inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia untuk 600,000 mahasiswa,” ujarnya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga memberikan diskaun bayaran balik
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara 10 hingga 15 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here