Kerajaan sumbang RM10,000 kepada waris korban banjir

0
14
Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri yaakob ketika melawat mangsa banjir

BENTONG – Kerajaan akan menyumbang RM10,000 kepada waris bagi setiap ahli keluarga yang meninggal dunia akibat bencana banjir.

Perkara berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau akan mendapatkan senarai nama mereka yang terkorban daripada pusat bencana daerah, bagi memastikan sumbangan itu disampaikan segera.

“Kita amat simpati dan sedih dengan apa yang berlaku dan kita akan beri sumbangan, kita akan salurkan melalui pejabat daerah sebelum kepada waris mangsa.

“Difahamkan juga kerajaan negeri Pahang juga akan menyalur RM5,000 kepada waris mangsa yang terkorban,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di sini, hari ini.

Bagi membantu negeri yang teruk terjejas banjir, Ismail Sabri berkata kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada Pahang dan Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here