Kes baharu Covid-19 menurun, sasaran 80 peratus vaksin populasi remaja dicapai lebih awal

0
12
Antara penerima vaksin COVID-19 menerima suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila sebanyak 4,298 kes dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes menurun daripada 4,896 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes sehingga kini berjumlah 2,658,772 kes.

Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW melaporkan seramai seramai 2,720,504 individu atau 86.4 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Jumlah itu dijangkan menjadikan sasaran 80 peratus golongan remaja yang menerima vaksin lengkap melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) dicapai sebulan lebih awal.

Terdahulu, KKM mensasarkan 60 peratus remaja lingkungan 12 dan 18 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam Kick-Off PICK Remaja, di SMK Putrajaya Presint 8(1) September lalu berkata, 80 peratus golongan berkenaan disasarkan untuk mendapat dos lengkap vaksin menjelang Januari 2022.

PICK Remaja menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here