Kes Covid-19 kembali meningkat hari ini

0
39
Penduduk sedang melakukan ujian saringan Covid-19 dalam program saringan komuniti percuma anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras. -foto/FaridJanudin

CYBERJAYA- Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan kepada 4,097 kes berbanding 3,490 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,699,240 kes setakat ini.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dengan data akan dikemaskini setiap hari selepas tengah malam,” katanya di media sosialnya hari ini.

Statistik semasa kes harian Covid-19 ketika ini mencatatkan angka yang setara yang tidak banyak berubah dan kes berkisar sekiat 4,000 hingga 5,000 kes sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here