Kes pertama varian Omicron dikesan di Melaka

0
29
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam satu sidang akhbar hari ini

CYBERJAYA – Satu kes jangkitan Covid-19 varian Omicron telah dikesan di Melaka melibatkan seorang rakyat tempatan.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh  berkata, pesakit itu baru pulang dari luar negara dan telah dikuarantin sejak 15 Disember lalu.

“Keadaan pesakit setakat hari ini Alhamdulillah dalam keadaan baik dan stabil dan kesemua kontak rapat telah kami kesan dan dikuarantin mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya ingin menyeru agar kesemua kita mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan juga kepada para pengembara yang baru pulang dari luar negara dan menjalani ‘home quarantine’ untuk mematuhi segala peraturan tidak berjumpa dengan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak jabatan kesihatan negeri Melaka akan menjalankan lawatan ke rumah secara rawak dan mengejut bagi untuk memastikan semua peraturan dipatuhi.

Katanya, tindakan yang tegas akan diambil jika terdapat mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here