Keterujaan duduki rumah baharu musnah dalam banjir

0
72
Muhd Zaini Ismail cuba menyelamatkan barang barang rumah sebelum kesemuanya ditenggelami banjir di Bukit Changgang, Banting.

CYBERJAYA – Hasrat pasangan suami isteri untuk meraikan siapnya rumah baharu mereka ‘musnah’ dalam banjir di Kampung Bukit Changgang, Banting dekat sini.

Siti Nurul Atiqah Rosli, 30, berkata, keterujaan menduduki rumah yang baharu seminggu siap itu berkubur selepas semua kelengkapan rumah ditenggelami banjir.

“Minggu lalu kami selesaikan kerja-kerja memasang jubin dan bercadang untuk mengadakan majlis kesyukuran dalam masa terdekat.

“Tapi semuanya musnah apabila rumah yang dibina dengan wang simpanan hasil titik peluh sendiri itu tenggelam dalam banjir,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Keadaan rumah Nurul Atiqah yang ditenggelami banjir.
Nurul Atiqah Rosli

Nurul Atiqah dan suami, Muhd Zaini Ismail merupakan salah satu daripada keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Kampus Utama Brainy Bunch di sini.

Menurutnya, sejak paras air mula naik pada Jumaat lalu, mereka bersama tiga anak sudah berpindah ke tiga rumah keluarganya sehinggalah semuanya ditenggelami air.

“Syukur alhamdulillah kami dapat maklumat bahawa Brainy Bunch ada menyediakan penginapan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Kami tiba di sini pada pagi ini dengan layanan kakitangan Brainy Bunch yang cukup baik dan mesra,” katanya.

Mangsa-mangsa banjir di Brainy Bunch menikmati makan tengah hari yang disediakan.
Kampus utama Brainy Bunch di Cyberjaya.
Kampus utama Brainy Bunch di Cyberjaya.

Nurul Atiqah berkata, selain penginapan yang selesa dengan surau dan surau yang bersih, pihak Brainy Bunch turut menyediakan pakaian untuk mangsa banjir.

“Pendek kata, makan minum dan tidur kami di sini semuanya terjaga sehinggakan peralatan seperti lampin bayi, bantal, tuala dan sabun mandi pun disediakan.

“Kami rasa sangat bersyukur kerana kalau ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir, keadaan mungkin tidak seselesa ini,” katanya.

Zamhari Ismail

Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir dari Bukit Changgang, Zamhari Ismail, 49, berkata, walaupun tiba pada pukul 3 pagi, dia dan keluarga disambut baik oleh pengurusan Brainy Bunch.

Katanya, bagi penginapan untuk lelaki, kebanyakannya ditempatkan di surau sekolah manakala makanan disajikan sebanyak tiga kali sehari.

“Alhamdulillah selain penginapan di surau yang luas. Kami juga disediakan makan di kafe yang bersih dan selesa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here