Korban banjir di Selangor, Pahang meningkat 33 orang

0
11
Arjunaidi Mohamed

KUALA LUMPUR – Jumlah korban akibat banjir di Selangor dan Pahang setakat semalam meningkat kepada 33 nyawa berbanding 27 yang direkodkan pada Selasa.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 24 mangsa manakala sembilan lagi mangsa korban banjir ditemukan di dua lokasi di Pahang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, penemuan mangsa lemas susulan kejadian bencana itu membabitkan 14 mayat di Shah Alam, diikuti Klang dan Kajang, masing-masing tiga, Sepang (dua) manakala di Kuala Selangor dan Subang Jaya, masing-masing satu.

Sementara itu, korban banjir di Pahang pula membabitkan dua mangsa di Kuantan, manakala tujuh lagi di Bentong.

Kejadian di Bentong melibatkan fenomena kepala air di dua kawasan iaitu di sebuah pusat peranginan dengan dua mayat telah ditemukan manakala seorang lagi dilaporkan hilang dalam insiden itu.

Dalam kejadian di Telemong, lima mayat telah ditemukan manakala seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang masih belum ditemui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here