KPLB peruntuk RM4 juta untuk mangsa banjir

0
18
Mahdzir Khalid

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya, memperuntukkan RM4 juta sebagai bantuan segera bakul makanan tambahan kepada kumpulan sasar mangsa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, lapan agensinya iaitu MARA, RISDA, FELCRA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA dan PERDA, masing-masing memperuntukkan RM500 ribu bagi membantu mangsa terjejas.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan juga ketua-ketua agensi KPLB untuk mengambil tindakan segera bagi menyalurkan bantuan berbentuk bakul makanan tambahan kepada mangsa banjir di kawasan terjejas.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mangsa banjir di Sungai Buloh yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara malam tadi.


 
Pada masa yang sama menurut Mahdzir, KPLB juga akan membaik pulih infrastruktur dan rumah yang rosak atau musnah dalam kejadian banjir di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
 
Di Kelantan, agensi KPLB Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR juga telah membuka bilik gerakan banjir mulai 17 Disember 2021.

Sejumlah 200 unit bakul makanan akan diserahkan esok kepada mangsa yang terkandas di kediaman masing-masing.

Mahdzir menambah, seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan KESEDAR juga akan digerakkan bersama peralatan logistik lengkap seperti kenderaan bagi membantu mangsa banjir.
 
“Saya berharap, semua mangsa banjir bersabar dengan dugaan ini, pada masa yang sama saya meminta supaya mereka sentiasa berhubung dengan pihak-pihak berkaitan termasuk agensi KPLB bagi menyalurkan sebarang maklumat jika ada yang memerlukan sebarang bantuan,” ujar Mahdzir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here