KPM ambil serius kes buli pelajar MRSM, tindakan susulan telah diambil

0
75
Datuk Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) tetap mengambil perhatian serius terhadap kes buli melibatkan seorang pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) meskipun institusi pendidikan itu tidak berada di bawahnya.

Menurut Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, pihaknya telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil.

“Saya menerima hantaran video yang tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama. Berdasarkan siasatan awal, kami dapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah KPM.

“Namun, KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil.

“KPM komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep #sekolahkuSEJAHTERA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular sebuah video kejadian itu yang dipercayai melibatkan sebuah MRSM di laman media sosial hari ini.

Dalam rakaman itu, beberapa orang pelajar dilihat menumbuk di bahagian seorang rakannya sambil beberapa orang lagi memerhatikan sahaja kejadian itu.

Susulan itu, Majlis Amanah Rakyat (Mara)
yang mengesahkan kejadian itu berlaku di bawah kelolaannya berjanji tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar dan pihak yang terlibat dalam kes buli itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here