KPM bakal perkenalkan Sekolahku Sejahtera

0
29
Datuk Dr. Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan kini di peringkat akhir sesi libat urus bagi memuktamadkan kerangka ‘Sekolahku Sejahtera’.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kerangka Sekolahku Sejahtera menumpukan aspek penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata, Sekolahku Sejahtera mengandungi 14 elemen yang akan diterapkan dalam sesi pembelajaran pelajar di dalam kelas.

“Secara keseluruhan, elemen berkenaan bakal memberi garis panduan kepada pelajar untuk membuat suatu keputusan secara rasional, sekali gus mengelak daripada terjebak gejala buli.

“Buli berlaku apabila ramai anak-anak kita yang tidak bertindak secara rasional. Masing-masing mengambil tindakan kerana merasakan mereka berada dalam kelompok ramai dan boleh membuli sahabat-sahabat lain.

“Oleh itu, KPM akan memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi KPM di Dewan Rakyat, hari ini.

Radzi menjelaskan bahawa konsep Sekolahku Sejahtera ini tidak membabitkan pewujudan mata pelajaran baharu, namun pendekatan untuk menerapkan nilai murni dari peringkat awal persekolahan.

“Sebagai contoh apa yang saya sebut tadi bahawa rasional anak-anak kita tidak didedahkan di peringkat awal mengenai keperluan membuat keputusan dengan rasional.

“Jika mereka memikirkan secara rasional dan tahu tindakan itu tidak betul akan memberi kesan besar kepada diri, keluarga dan masa depan mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here