KPM lulus pertukaran sekolah 11,469 guru seluruh negara

0
29
Dr. Radzi Jidin

CYBERJAYA – Sebanyak 11,469 guru di seluruh negara yang memohon untuk pertukaran sekolah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, permohonan yang diluluskan itu merupakan sebahagian daripada 20,772 guru yang membuat permohonan pertukaran tempat mengajar kepada KPM.

Beliau berkata, jumlah itu adalah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini iaitu peningkatan kira-kira 212 hingga 31 peratus sejak tahun 2017 hingga 2020.

“Pada tahun ini kita melakukan pendekatan baharu bagi membolehkan lebih ramai guru bertukar tempat kerja seperti dihasratkan mereka.

“Antaranya pihak kementerian turut mengambil kira pengambilan seramai 18,702 yang sedang dijalankan.

“Sebelum guru-guru ini ditempatkan, maka kita selesaikan dulu pertukaran guru sedia ada,” katanya selepas merasmikan Akademi Sains Pendang di Kedah, semalam.

Jelas Dr. Radzi, keputusan meluluskan permohonan itu termasuk tumpuan kepada sejumlah guru berasal dari semenanjung yang telah lama berada di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Dalam permohonan mereka ini, ada yang merasakan sudah sampai masanya untuk mereka kembali ke Sememanjung atas faktor tertentu.

“Maka jika negeri atau kawasan yang dipohon mereka itu sudah penuh sekali pun, pihak kementerian akan tempatkan mereka di kawasan mahu pun negeri terdekat dengan tempat dipohon,” katanya.

Tambahnya, usaha dilakukan kementerian itu diharap mampu menggembirakan para guru terlibat selain mengurangkan tekanan dihadapi mereka terutamanya yang berada berjauhan dari pasangan.

“Kesemua kelulusan permohonan ini akan kita umumkan pada Isnin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here