KPM nafi guru jalankan ujian palitan hidung ke atas murid

0
16
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan pengguna media sosial bahawa ujian palitan hidung dilaksanakan oleh para guru ke atas murid sekolah.

Kata KPM, gambar yang menjadi tular di media sosial sebenarnya satu demonstrasi melibatkan 4 orang guru dan 4 orang murid dengan dibimbing oleh 2 Jururawat Masyarakat.

“KPM telah membuat siasatan ke atas gambar yang tular di media sosial dan mendapati gambar  tersebut melibatkan ujian saringan Covid-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di negeri Pahang,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu kemudiannya menambah, pelaksanaan ujian kendiri di sekolah hanya melibatkan penggunaan kit ujian  air liur yang dibekalkan oleh KPM.

“Untuk makluman, pengurusan ujian kendiri Covid-19 bagi murid sekolah KPM dilaksana mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“(Dan) Berdasarkan surat siaran (KPM bertarikh 28 Nov), pelaksanaan ujian kendiri ini hanya  melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM, dengan ujian  kendiri itu dibuat sendiri oleh murid dengan pemantauan  guru,” kata KPM lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here