KPM puas hati pelaksanaan ujian saringan Covid-19 sekolah rendah

0
11
Mohd. Radzi diberi taklimat oleh salah seorang guru SK Bandar Sri Damansara 3, hari ini. – GAMBAR IHSAN KPM

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) berpuas hati dengan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 bagi murid sekolah rendah yang bermula pada hari ini.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin dalam tinjauannya berkata, pelaksanaan ujian saringan kendiri yang menggunakan air liur itu berjalan dengan baik dan teratur.

“Terima kasih buat guru-guru dan syabas kepada murid yang terlibat dalam ujian saringan hari ini.

Mohd. Radzi bertanyakan khabar salah seorang murid SK Bandar Sri Damansara 3 yang hadir ke sekolah, hari ini. – GAMBAR IHSAN KPM

“Saya mendapati, arahan yang diberikan kepada guru (dapat) dipatuhi dengan baik,” kata Mohd. Radzi selepas melakukan tinjauan di SK Bandar Sri Damansara 3 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, oleh kerana ada antara murid yang terlibat pernah menggunakan sendiri kit kendiri yang digunakan, mereka mampu untuk melakukannya secara kendiri di tempat yang disediakan pihak sekolah.

“(Sekali lagi), Terima kasih buat guru-guru dan syabas kepada murid yang terlibat dalam ujian saringan hari ini,” kata Mohd. Radzi lagi.

Ujian saringan melibatkan sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar daripada jumlah murid bagi sesebuah sekolah itu merupakan sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

Ia dilaksanakan mengikut penggiliran dan ditetapkan pada setiap Rabu pada hari persekolahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here