KPM sahkan 65 pelajar Seri Puteri Cyberjaya dijangkiti Covid-19

0
115
Datuk Dr Radzi Jidin (kanan) turun padang untuk memantau keadaan di SBP Seri Puteri di sini

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan berlakunya kes jangkitan Covid-19 melibatkan sebilangan besar pelajar dan guru di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Seri Puteri di sini.

Menurut Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, terbaharu sebanyak 65 pelajar didapati positif dalam saringan Covid-19 yang dilaksanakan hari ini dengan melibatkan 200 pelajar sekolah berkenaan.

“Asalnya seorang guru dijangkiti Covid-19 dan kontak rapat didapati seorang lagi guru didapati positif dan enam murid didapati positif

“Enam murid yang didapati positif ini ada di sekolah dan berada di bawah pemantauan pihak sekolah dan apabila dilaksanakan saringan kontak rapat pada murid-murid ini didapati 121 orang pula merupakan kontak rapat

“Bagaimanapun 121 orang ini telah dipotong gelang hari ini dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu hantaran video di laman Facebook miliknya hari ini.

Gambar yang dikongsi oleh penjaga dan ibu bapa pelajar SBP Seri Puteri yang berada di asrama mereka

Terdahulu beliau mengadakan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan selepas tular di media sosial apabila terdapat dakwaan sebilangan besar pelajar SBP itu didapati positif.

Mengulas lanjut, petang tadi pihak pejabat kesihatan daerah (PKD) telah melaksanakan saringan kontak rapat kepada lebih 200 murid hari ini.

Katanya, dalam saringan itu, sebanyak 65 orang daripada mereka positif dan mereka dibawa ke MAEPS untuk pemantauan

“Esok pihak PKD akan melaksanakan ujian kendiri atau air liur kepada baki murid-murid untuk melihat sama ada masih ada kes yang positif.

“Pada masa ini, pihak kementerian bekerjasama rapat dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak ini dalam keadaan selamat.

“Insya-Allah kami bersama PKD akan terus melakukan yang terbaik supaya anak-anak kita di SBP ini berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here