Kumpul jersi pasukan lambang minat mendalam

0
206

CYBERJAYA – Berasaskan semangat minat yang sama, sekumpulan peminat jersi dari Pulau Pinang menubuhkan Nostalgia Jersi Pulau Pinang sebagai perkumpulan minat mereka.

Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Shahril Saadin, kumpulan itu terdiri daripada 17 anggota yang sama-sama mempunyai minat mendalam terhadap koleksi jersi pasukan bola sepak Pulau Pinang.

Shahril bersama t-shirt peringatan ulang tahun ke-100 Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang.

“Ada antara ahli kami yang memulakan minat ini sejak bangku sekolah lagi.

“Setiap jersi yang kami kumpul merupakan koleksi jersi pasukan Pulau Pinang sejak tahun 90-an. Setiap jersi ini ada ceritanya yang tersendiri,” kata Shahril.

Shahril berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Jersi Kolektor XI Vol. 3 yang diadakan di Malakat Mall, di sini hari ini.

Sebagai kumpulan yang bergerak sendiri tanpa dinaungi atau ditaja oleh mana-mana pihak, kumpulan sebegini boileh dianggap sebagai peminat sejati sesebuah pasukan bola sepak.

“Kami memang tidak menerima dana dari mana-mana pihak. Ke mana sahaja pameran yang kami sertai, semuanya hasil dari poket kami sendiri.

“Kami amat berbangga sebenarnya kerana ini merupakan sebahagian daripada sumbangan kami dalam menyebarkan minat dalam bola sepak, terutamanya arena bola sepak tempatan,” kata Shahril lagi.

Selain mempamerkan jersi yang penuh nostalgia, kumpulan ini turut mengadakan jualan cenderahati berbentuk t-shirt peringatan dan muffla sempena ulang tahun ke-100 Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here