Kumpulan Malakat Eco bawa masuk produk Turki ke Malaysia

0
944
Malakat Mall hari ini menerima kunjungan Commersial Counsellor Kedutaan Turki, Elif Haliloglu Gungunes (dua dari kanan)

CYBERJAYA- Kumpulan Malakat Eco akan membawa produk dari Turki untuk dipasarkan di Malakat Mall dan dalam masa yang sama membawa produk tempatan ke pasaran negara Timur Tengah itu.

Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan dan juga Naib Presiden Kanan Kumpulan Malakat Eco, Adzhar Mohd. Noor berkata, atas sebab itu kerajaan Turki juga telah menghantar pegawai kedutaannya ke Malakat Mall hari ini.

“Apa yang buat ialah, kita akan bawa kebanyakan barang dari Turki yang sememangnya tidak diragui status halalnya ke Malakat Mall selain bawa barangan Malaysia ke Turki untuk pasaran di sana.

Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan dan juga Naib Presiden Kanan Kumpulan Malakat Eco, Adzhar Mohd. Noor (Kanan) memberi penerangan tentang produk-produk yang terdapat di Malakat Grocer di Malakat Mall, Cyberjaya

“Dengan langkah berkenaan, kita juga dapat kembangkan Malakat Mall ke Turki dan kita seperti biasa bawa pelbagai produk halal ke sana. Kita sedia maklum, di Turki banyak produk yang bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Commersial Counsellor Kedutaan Turki, Elif Haliloglu Gungunes dan dua ahli perniagaan warga Turki di Malakat Mall hari ini.

Mengulas mengenai kunjungan tersebut, Adzhar berkata, pegawai Kedutaan Turki itu datang ke Malakat Mall untuk melihat dan berbincang tentang sebarang bentuk usahasama yang akan dijalinkan.

Commersial Counsellor Kedutaan Turki, Elif Haliloglu Gungunes tertarik dengan produk minuman keluaran muslim yang terdapat di Malakat Grocer di Malakat Mall, Cyberjaya

“Kita berharap kerjsama Government to government (G2G) akan terhasil melalui kerjasama yang dimulakan oleh Kumpulan Malakat Eco ini. Sebelum ini, Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Coach Fadzil Hashim juga telah ke Turki,” katanya.

Lebih menarik kata Adzhar, ketika di Turki, Coach Fadzil juga berkesempatan untuk mengadakan persidangan perniagaan bersama 40 peniaga dan usahawan di Bursa, Turki.

“Rata-rata peniaga yang menyertai persidangan itu menyambut baik dan menyatakan minat untuk bekerjsama dengan Kumpulan Malakat Eco,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here