Kumpulan Malakat Eco utamakan kebersihan sebagai tonggak falsafah

0
8
Hilmi ketika menyampaikan ucapan pada Program Recycle Fest di Malakat Mall Cyberjaya, siang tadi.

CYBERJAYA – Keputusan Alam Flora memilih Malakat Mall Cyberjaya sebagai lokasi persinggahan ‘3R On Wheels’ pada hari ini benar-benar bertepatan dengan falsafah Kumpulan Malakat Eco yang mengutamakan kebersihan sebagai salah satu tonggak falsafahnya.

Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Malakat Eco, Hilmy Ismail berkata, aspek kebersihan, termasuk penjagaan alam sekitar sememangnya ditekankan dalam operasi harian termasuk dalam pendidikan kanak-kanak di Brainy Bunch.

“Kita sememangnya mengalu-alukan program sebigini diadakan, kerana ia amat bertepatan dengan falsafah kami.

“Kita amat menekankan aspek kebersihan dalam kalangan kakitangan, dan perkara sama turut diajarkan kepada para pelajar di tadika anggota kami, Brainy Bunch,” kata Hilmi pada sidang akhbar Program Recycle Fest di Malakat Mall, di sini siang tadi.

“Antara perkara asas yang kami ajarkan, terutamanya pada pelajar adalah mengutip sampah sekiranya ada.

“Kita tekankan pada mereka, kita sendiri perlu jaga (kebersihan) tempat kita,” kata Hilmi yang menambah, disiplin yang sama turut diserapkan kepada semua kakitangan di dalam anggota Kumpulan Malakat Eco.

Untuk rekod, Brainy Bunch dan Malakat Mall merupakan sebahagian daripada anggota Kumpulan Malakat Eco yang diterajui oleh Mohd Fadzil Hashim selaku Presiden Kumpulan.

Kata Hilmi lagi, beliau mengalu-alukan penganjuran program seperti ini, dan berharap supaya Alam Flora dapat terus menganjurkan program sebegini.

“Saya nampak, bila ada Alam Flora, usaha (penjagaan kebersihan alam sekitar) itu dapat lebih dikembangkan lagi dengan besar dan cepat,” kata Hilmi.

Selain persinggahan trak kutipan barangan kitar semula, Program Recycle Fest di Malakat Mall turut diserikan dengan program mewarna dalam kalangan kanak-kanak, dan juga penganjuran aktiviti pendidikan dan permainan yang menekankan kebersihan alam sekitar sebagai aspek utama dalam kehidupan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here